C – BERRIES

Tahukah anda bahawa vitamin C amat diperlukan oleh tubuh kita?

Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, maka kita perlu mengambil vitamin C untuk keperluan badan kita.

Vitamin C diperlukan untuk:
✅ Membantu meningkatkan tenaga badan
✅ Menguatkan sistem pertahanan badan (sistem imun)
✅ Penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri
✅ Membantu penyerapan zat besi
✅ Membantu mengurangkan tahap tekanan darah
✅ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
✅ Melindungi sel dari kerosakan radikal bebas
✅ Melindungi sendi, tulang dan saluran darah
✅ Mengurangkan risiko mendapat kanser
✅ Menurunkan paras urik asid dalam badan (urik asid boleh menyebabkan gout)

Terdapat 3 cara pengambilan suplemen Vitamin C

1️⃣ Secara pil, serbuk, kapsul, dan cecair

Melalui cara ini, sekiranya pengambilan 180 mg – 200 mg vitamin C, hanya 70-90% sahaja yang diserap oleh tubuh badan kita. Sekiranya 1000 mg vitamin C yang diambil, hanya 50% sahaja yang diserap oleh tubuh badan kita. Yang selain itu dibuang keluar oleh tubuh badan.

2️⃣ Secara intravenous (IV) drip

Vitamin C dimasukkan melalui IV ke salur darah. Dengan kaedah ini 100% vitamin C diserap oleh tubuh badan. Namun, kaedah ini perlu dilakukan dan diawasi oleh doktor dan jururawat, dan tidak boleh dilakukan setiap hari, dan prosedurnya juga menyakitkan.

3️⃣ Secara pengambilan liposomal

Melalui kaedah ini, vitamin C diproses dengan kaedah teknologi nano yang kemudiannya menghasilkan liposom yang menyerupai membran sel kita yang membaluti vitamin C tersebut supaya tidak dicerna oleh perut, tetapi sebaliknya diserap terus ke sel. Kaedah ini membolehkan lebih dari 90% vitamin C diserap oleh tubuh badan dan boleh diambil dalam kuantiti yang lebih. Kaedah ini sangat berkesan, mudah dan terbaik untuk pengambilan vitamin C.

SUBSCRIBE TO OUR NEWSLETTER